Hidup kita takkan sentiasa indah. Ia takkan mengikut seperti yang kita rancang.
Itu sebab orang berkata "Kita mampu merancang tapi Allah lebih mengetahuinya".
Kerana cinta, aku buta.
Kerana cinta, aku percayakanmu
Kerana cinta, aku tutup mata atas segala kesalahanmu
Tapi, ternyata kau hanya sang iblis yang telah menipu ramai perempuan.
Setahun bersamamu ibarat syurga bagiku. Ini menunjukkan yang aku lebih menyayangimu dari diriku sendiri. Aku lebih mengingatimu dari Yang Maha Esa. Aku hanya manusia biasa yang tidak terlepas dari kesalahan dan dosaku. Aku bersyukur pada Dia kerana telah membuka mataku tentang dirimu sebenar wahai cintaku. Sungguhpun, kau tiada rupa ku sangkakan aku selamat bersamamu tetapi kau hanya buaya yang memakan diriku.
Penipuan kau lakukan selama setahun masih segar diingatanku. Tak sangka yang kau selama ini hanya berlakon didepan aku, family ku dan kawan-kawan ku. Jika ini pentas lakonan, kau pasti akan menjadi pelakon TERBAIK. Aku mungkin bodoh kerana ditinggalkanmu tetapi aku akan cuba bangkit dari kesedihan aku kerana kau Mohd Noor Idzwan adalah penghulu segala syaitan yang takkan kenal erti kebahagiaan. Kau juga tidak akan sesekali mengenali cinta sejati. Mungkin kau bahagia diwaktu kesedihan aku tetapi ingat, pada masa depan aku akan bahagia lebih dari kau. Kau rasa dengan kehadiran perempuan gemuk yang tua tu, kau lebih bahagia kerana kau memiliki segala duitnya tetapi ingatlah itu semua hanya sementara.
Ya Allah, Kau Maha Adil.
Kau berikanlah pembalasan yang setimpal kepada mereka berdua.
Sesungguhnya, aku dan kak nisha telah dianiaya oleh dia.
Kau kuatkanlah hati aku Ya Allah untuk melawan segala sisa perasaan kepada dia.
Cukuplah telah banyak dia menganiayai aku.
Allahuakbar!

No comments:
Post a Comment